Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Puding kramel ( puding orang malas yang sedap )

Rasa nak makan puding ? Aku cuma suka 2 jenis puding aja. Puding jagung berkuah dan tidak berkuah.
Puding jagung orang cina biasanya tak berkuah. Sementara puding jagung melayu biasanya berkuah.
Tapi puding yang paling aku suka dan paling senang nak buat ialah Puding Kramel alias Puding Gula Hangus.
Senang nak buat ' puding orang malas' ni.



Bahan :

1. 7 biji telur Gred A ( Kalau Gred C bubuh 9 biji )
2. Susu Pekat manis 1 tin ( 505 grm )
3. Tepung puding ( custard )  2 sudu makan
4. Tepung gandum 1 1/2 sudu makan.
5. Gula pasir dalam 7 sudu ( buat gula hangus )

Cara-caranya :-

Pilih loyang besar atau sederhana besar dan masukkan 7 sudu gula pasir tadi dan panaskan terus
di atas api ( tak payah campur air ) dan biarkan gula tadi bertukar kekuningan. Ratakan aliran gula dalam loyang sehingga menjadi ketebalan yang sama dan sejukkan loyang sebentar.

Sementara itu panaskan kukusan yang diisi air. Tak payah melahu tak tentu arah. Ambil telur yang
7 biji tadi pecahkan cengkerangnya dan masukan ke dalam blender. Blender ??? Ya blender...tak payah pakai mixer...lagi cepat. Tuangkan semua isi susu pekat tu dalam blender, gunakan tin susu pekat itu tadi untuk menyukat pula ukuran air sebanyak 1 tin juga @ 505gm air - campurkan dalam blender juga.

Kemudian isi lagi setengah tin susu dengan air biasa sebelum mencampurkan tepung custard 2 sudu makan, tepung gandum 1 1/2 sudu makan. Letak esin vanila 2 atau 3 titis untuk menaikkan baunya nanti. Blend semua sekali tak payah lama-lama dalam 1 minit dah cukup. Berbuih bila bahan-bahan ni semua diblender.
Lepas tu, masukan bahan yang dah diblend tu tadi ke dalam loyang dan kukuslah selama 45 minit.

Tara............................dah masak.
Puding jagung, puding berkuah, puding kramel, puding gula hangus, murah, susu pekat, gula pasir, sedap, blender
  Erm..delicious. Kalau beli kat kedai sepotong RM 1.50 - RM 2.00. Buat sendiri lagi jimat yo.

 Err...gambar kucing dangan anak-anaknya memang tak ada kena mengena dengan resepi ni. Abaikan.
Si Snowbell tidur waktu aku tengah masak puding tadi. 1 loyang tak sampai 20 minit habis dikerjakan
aku anak beranak. Selesai. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment