Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Travel log Hari Raya

Hari ini sudah genap seminggu kira semua beraya. Berat badan pun dan naik dek kekerapan memakan lemang , ketupat , rendang dan kari mengkari. Diam tak diam berat aku dah naik sekilo. Lepas ni jenuhlah nak turunkan berat badan dan memulakan regim meminum pati delima semula. One thing good pasal pati delima ini , dapat membantu menurunkan berat badan disamping menghalus dan mengebukan kulit. Serius. So konon kata nak kurus punya pasal, aku minum 2 sudu pagi sebelum makan, dan 2 sudu disebelah malam....memang ngam-ngam lah sebotol yang berisi 250ml tu habis untuk seminggu. Lagi satu yang aku perasaan on the way driving back from Johor aku punyalah rasa letih dan mengantuk, tak boleh nak cakap le.........



Agaknya pasal tak telan Pati Delima GULSAN..., manjang nak berhenti kat R&R. Memang bercinta nak driving. Selepas ini nampak gayanya selain minum Pati Delima GULSAN terpaksa telan juga FIGURA UP - 1 hari sebiji selama seminggu kemudian boleh diselang selikan 2 hari sekali. Sebab aku bukan telan untuk nak kurus, cuma untuk maintain berat badan je. Sabar ajalah...kadang-kadang terasa susah juga jadi orang perempuan ni, banyak perkara nak kena jaga. Tapi tak kisahlah.....balik ni boleh terus puasa ganti dengan puasa enam sekali. Habiskan awal-awal bila tak ada aktiviti berziarah. Bila berziarah ke rumah orang aku memang nak makan. Rugi ooo kalau tak makan bila berziarah ke rumah handai taulan ni. So bila duduk rumah barulah aku sambung balik puasa. Memang lah tak berapa nak afdal tapi lebih baik dari tak buat langsung dan melengah-lengahkan mengqada puasa ramadan.

                                         
maintain berat badan, figura up, pati delima gulsan, mengantuk, letih, hari raya, nak kurus, main mercun, meriam buluh.
        Sumber google. Pasal camera aku dah jahanam dikerjakan anak-anak bertuah ni.

Bercerita pasal sambutan Hari Raya memang kali ini adalah hari raya yang terindah untuk aku dan anak-anak selepas tidak pulang kekampung beberapa tahun selepas emak meninggal dunia. Melupakan sebarang perselisihan faham, bersalaman bersama kakak-kakak dan adik-adik membuat aku tenang dan gembira walaupun badan letih. Anak-anak aku lagilah happy bila dapat balik ke kampung aku. Katanya lebih happening berbanding balik ke kampung papa mereka. Puas aku suruh balik ke kampung papa mereka....tak ada maunya.

Seronok bermain mercun yang dibelikan papa dia orang, tak sempat menunggu sampai lepas Isyak, habis sembahyang maghrib dah dibantainya bermain mercun. Siap main baling-baling lagi. Aku malas nak tengok cuma amanahkan abang-abang sepupu yang besar tengok adik-adik yang kecik tu main mercun. Farah, Natasha dan Nurul jangan tanyalah, balik kampung buang aja baju raya dan macam jantan dah aku tengok. Bentes membentes, kejar mengejar siap main pulas tangan dengan sepupu sepapat. Happynya aku tengok dia orang. Aku dulu tak rasa macam ni. Main bunga api pun tak dapat, main mercun lagi lah tak usah mimpi. Meriam buluh ? Tak pernah main pun cuma selalu dengar bunyi aja, tapi yang peliknya time tu tak ada pulak dengar orang kudung tangan ke, rabak mata atau tercabut kepala bahana main meriam buluh ! Ini menunjukkan orang melayu kita bukan saja kreatif dalam hal membuat bom tradisional malah aspek keselamatan yang dicipta boleh tahan juga mengalahkan mercun buatan cina yang dicipta tuh. Manjang meletup tak tentu arah. Kena sangat berhati-hati bila main mercun ni dan memang perlukan pantauan dari orang-orang yang lebih dewasa.

Tak sempat nak pergi rumah kawan lama. Dia tunggu.....aku yang masih sibuk beraya. Aku nak pergi rumah dia bawak anak-anak, bila talipon tak berangkatlah pulak. Aku malas le nak terus terjah, nanti ' kecelik' lah pulak bila tuan rumah tak ada. Memang kawan aku si Rohaya tu jenis simpan talipon dalam handbeg. Message yang aku hantar hari ni.., esok pagi baru dibalasnya. Aku cakap nak datang pukul 11am pukul 2 petang baru dapat balasan. Hemmmm....aku dah terlepas sampai Pekan Nenas ...... siap makan asam pedas ikan siakap campur sayur bayam tumis dan dah pun nak memulakan perjalanan balik ke KL  raya ke tiga tu. Hehehe...tapi dalam pada tu sempat juga aku menyinggah di kebun-kebun tepi jalan di Pekan Nenas. Beli durian bukit yang rasanya terkenal lemak, manis, sedap dan tebal isinya. Hai tahun depan aku harap dapat bawa anak-anak balik kampung lagi, mengulang nostalgia lama dan menziarah kubur aruah mak dan bapak lagi.
           
              SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN SEMUA.

No comments:

Post a Comment