Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jalu



Dinihari yang sunyi itu dipecahkan dengan suara seorang gadis yang bersuara malu-malu meminta......

" Ermm...., pak cik tolong bungkus nasi, letak ayam dan sayur. Kuah lebih sikit boleh ? "
Tercengang aku dengar.

" Ayamnya nak bahagian mana ? Peha,kepak, badan...... "

" Bahagian mana-mana pun boleh pak cik, " gadis itu menjawab malu-malu.

" Saya jual semua bahagian ayam. Ikan kering bulu ayam pun ada .......... "

" Apa-apa je lah. "
Lagi tercengang aku dengar .

" Anak ayam nak, anak ayam ???? "

" Ehh...bolehlah. Siram kuah banyak-banyak ya pak cik."
Gadis itu masih menjawab sopan dan selamba.
Sampai sini aku dah tak tahan...............

" Hoii !!!! " Aku memekik waktu dinihari tu. Sambil baring kaki aku menyepak betis dia.

 >.<  >.< >.<

Daniel terbangun terus ketawa geli-geli hati. Farah pulak dengan mata separuh
terpejam dan muka blur terus bertanya, " apa mama ni ??
Sepak-sepak kaki orang pulak........... "


" Apa tak kena sepak, akak tuu...bulu ayam, anak ayam siram kuah, semua minta
dengan mama...., memang mintak penendanglah tu. "
Kik,kik,kik,kik.......Daniel pecah-pecah perut ketawa. Aku onkan hp, jam baru pukul
2. 35am. Farah...,Farah, lagi besar,lagi kuat jalu nya.


Note : Jalu = sleepwalking/sleeptalking.




No comments:

Post a Comment