Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why you eat my petai ?

Dari kecik hobinya memang mengikut aku ke pasar. Berpimpin tangan memasuki
lorong kecil yang hanyir dengan bau ikan, ayam , belacan, sayur-mayur dan bercampur
peluh sesak pengunjung pasar yang lain. Kadang jari kecilnya terlepas dari pegangan. Aku
panik menjengah di celahan pengunjung, bimbang dia tersepit, terpijak di celahan orang tapi
dia mahir mencari dan menarik baju dengan perlahan dari belakang. "Mama", dia tersengih
menayang wajah comel dan aku memang tak sempat nak marah kecuali memegang erat
tangannya semula. Aku memang suka ke pasar. Ia adalah tempat yang menyegarkan
mata, jantung dan paru-paru ku. Perasaan menjadi ceria, fikiran lapang sebaik saja aku
menghirup bauan sayuran kampung. Serius. Sesekali berdiri dan memejamkan mata
beberapa saat di hadapan gerai sayur hanya untuk mencium bau pucuk paku, jantung
pisang, rebung, sulur keladi, daun ubi, timun tikus, pucuk labu, peria, cendawan, jagung
muda dan sayuran yang lainnya selalu membuat aku rembang mata dan khayal dengan
aroma. Hermm....., syoknya sayur kampung !

Kadang aku cari ulam-ulaman untuk dicicah bersama sambal belacan. Ulam raja,
tenggek burung, kacang boto dan daun selom. Kalau hari tu bernasib baik, terjumpa
petai dan jering. Buah kerdas walaupun lebih sedap dan rangup dari petai dan jering, tidak
sanggup ku beli. Selain jarang didapati di pasar, aku tak tahan baunya yang kuat memenuhi
ruang bilik mandi mahupun tandas. Peh...gila baunya. Nurul menjadi peneman setia setiap
kali aku bila ke pasar. Satu hari lepas balik dari pasar dan sedang aku sibuk menyiap
kan juadah untuk makan tengahari............., tetiba aku terperasaan mulut kecilnya
sibuk mengunyah sesuatu dengan penuh khusyuk. Selamba dia bersila sambil
matanya menonton cerita kartun di tv.

" Nurul, makan apa tu nak ? "

" Nurul makan kacang yang mama beli tadi."
Dia jawab selamba sambil mulut kecilnya meneruskan kunyahan.

" Hah..., kacang ? Bila masa mama beli kacang ? "

" Tuuu....yang dekat atas meja tu. Yang mama dah kopek tu kan kacang...., " Nurul
menjawab selamba. Aku toleh ke arah yang ditunjuknya dan di atas meja berserakan
3 papan petai yang dah berkopek tapi isinya dah tak ada. Semuanya dah habis dikunyah
si Nurul. Waktu tu umurnya 5 tahun.......

Masyaallah......,dia ingat petai tu petai belalang ke ? Aku menepuk dahi.

Sehinggalah hari ini, usianya dah meningkat 14 tahun dan dia masih dengan hobinya
memakan petai mentah ( secara curi-curi ). Kalau tak disorokkan, confirm sepapan
habis dikunyah macam makan kacang. Selain dimakan mentah, sambal petai menjadi
favoritenya. Setiap kali ke pasar dia akan menitip pesan, " mama, jangan lupa belikan
petai. Memang dia akan merajuk kalau dalam sebulan aku tak belikan dia ulam petai.
Atau pun sambal cili api tumis campur petai untuknya habis kami makan.

" Why you eat my petai, why you eat my petaiiiii ? "
Confirm petang tu dia merajuk tak makan nasi.
                                                   
ulam-ulaman, petai ,nurul, petai mentah, sambal petai
Hai Nurul, ada boy friend ke yang nak terima kegemaran unik ni nanti ?

No comments:

Post a Comment