Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teman Lelaki Upahan

Teman Lelaki Upahan yang mengisi slot drama bersiri Akasia di TV3 bermula jam 7pm
setiap hari buat aku teruja dan mempersiapkan diri untuk menontonnya setiap petang.
Tajuknya membuat aku terpegun. Best ke ceritanya ? Apa yang ada dengan tajuk drama
baru ini ya ? Drama Teman Lelaki Upahan ini diadaptasi dari novel  nukilan novelis
best seller Azura Rasidin telah berjaya memancing aku untuk menontonnya hanya
berbekalkan tajuk saja.

Biasanya aku hanya menonton drama bersiri Akasia tu ( tak kira apa cerita pun ), bila
jalan cerita dah mula nak mencapai klimax. Awalan jalan cerita selalunya slow dan
mendatar sebelum menuju klimaks memang buat aku boring. Daripada aku boring baik
tak payah tengok.

Tapi drama Akasia yang ini, anak aku cuma perlu kompang aku 2 kali saja dan rakamkan
siri itu untuk aku. Dan mereka telah berjaya mengubah persepsi aku terhadap slot drama
bersiri ini dan mula menonton siri drama ini di episod ke 5.

                               
Lakunan hebat Ungku Ismail Aziz yang menonjolkan perwatakan bijak, lucu dan santai
memang menambat hati waktu pertama kali menonton. Aku rasa kejayaan drama ini
banyak bergantung kebijaksanaan Ungku Ismail Aziz mencanai dan mewarnakan watak -
seorang lelaki yang banyak mulut, penyayang, bertanggungjawab dan........ oh ya,
kebetulan muka dia mirip sekali dengan anak saudara aku yang menjadi pelukis
( Bukhari Muslim ). Hampir 90 peratus kemiripan sebenarnya.

Tentang Elizad Sarifuddin yang memegang waktk Kyra Lydia..... wow, memang kena
dengan gayanya yang sombong, berlagak tapi cantik dan seksi. Dibantu oleh Aloy
Paradoks sebagai Adam ( rakan kongsi El ) menjadikan watak El  lebih mantap, lucu
dan bersahaja. Dailog-dailog selamba tapi penuh isi dan mencuit hati buat aku tak kering gusi
tekala menyaksikan lakonan mereka.

Apa kesudahan cerita ini ? Bolehkah El mengubah sikap sombong Kyra dan menjadikan
nya anak yang menghormati orang tua ? Bolehkan mereka menafikan perasaan cinta
yang mula wujud dalam hati masing-masing ?
Sama-sama kita nantikan kesudahannya.
( Tengok recording lagi le jawabnya ) hari ni.

No comments:

Post a Comment