Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Epilog 3 beranak dan Nasi Bajet ( Bhg 2 )

Sambungan story lama ni memang macam kisah Niyang Rapik yang macam seram
tak seram dengan jalan cerita yang lembap. Berbalik kisah kami, mencari idea untuk
menambah pendapatan ( dan daripada mengusutkan fikiran memikirkan perbelanjaan
hidup yang semakin meningkat.... ), aku cadangkan kepada Hafizul untuk dia menjual
Nasi Bajet. Dalan keadaan gawat ni, kebanyakan orang akan lebih memilih untuk
menjimatkan perbelanjaan dengan belanja yang sehabis murah tapi masih mengenyang
kan perut. Alternatif yang terbaik adalah Nasi Bajet. Kalau setakat harga RM 3 sebungkus
malah disertakan sekali dengan air......, geranti orang cari. Dengan syarat masakan tu mesti
lah ' ada rasa ' dan ada 'pot tetap', yang mudah untuk pelanggan tuju. Dan mestilah konsisten
waktu perniagaannya. Tak boleh hari ni buka, esok tutup. Dua tiga hari buka, empat lima 
hari tutup.

' Berniaga Nasi Bajet tak perlu lama Hafiz, buka dari jam 12.30pm - 2pm cukup. Mama dah
test market dengan pos gambar Nasi Bajet tu kat komuniti tak sampai 2 hari like dah jadi
dekat 300. Itu tak masuk depa tag kekawan yang lain. Siap tanya nak beli kat mana ?
Mana mama nak jawab ? Dia orang ingat, mama pulak yang berniaga nasi bajet tu, padahal
mama cuma tayang gambar nasi bajet yang mama beli tu . Nak ke tak nak ni ?................'

Boring aku tengok Hafiz mengurut-gurut dagunya. Aku sepak juga budak ni kang. Penat
dah mulut aku membebel ni.

' Tak payah target ramai-ramai sangat, kalau buat permulaan ni Hafiz boleh jual 30 bungkus
sehari pun dah bagus. RM 3 X 30 pelanggan = RM 90. Berniaga barang makan ni untung
paling kurang 40 peratus, tak termasuk untung makan. Makan Hafiz dah tentu dah lepas
kat situ. Dia diam lagi, tenung muka aku lebih lama.'

' Kenapa ? Malu berniaga ? '

Tak jawab. Masih sibuk mengurut dagu yang mula nak berjanggut.

' Kata nak ambik kursus perniagaan.....entrepreneurship. Buatlah kerja ni sebagai latihan
amali untuk Hafis. Malam, boleh buat kerja-kerja menueet tu nanti. '

' Sapa nak temankan Hafiz berniaga nanti ? ' Sama menumpang dagu dia menjawab.

' Ooo....ni kes malu ler ni ? Kata itu hari Hafiz dah tak malu berniaga ? '

' Untuk permulaan jer maa...., dah 2 atau 3 hari nanti, Hafiz boleh pegi sendiri.....'

' Apa nak dimalukan ? Kita bukan mencuri, kalau orang kata jual muka pun.....cuma 2 jam
aja. Hafiz......, bila duit dah mula masuk poket, malu tu semua akan terbang ! '

Dipendekkan cerita kami setuju, aku tolong dia masak dan temankan dia berjual untuk
2 atau 3 hari. Kami cadang nak mula berniaga lah 11haribulan yang lepas ni. Tapi disebabkan
aku demam teruk seminggu, semua tu bertangguh.

Semalam, sewaktu meneman aku berehat lepas balik dari Pos Laju dia cakap selamba,
' Hafiz dah dapat masuk Uitm ma.... '

' Bila masuk ? '

' 2 haribulan Jun ni.'

' Kat mana ? '

' Machang, Kelantan.' 
Aku tepuk dahi. Jauh benar tuuuuuu..

Hanyut ke laut kisah nasi bajet kami. Yang pasti cuma Farah yang sibuk membida job
data entry kat Jobdirumah tu hehe....







No comments:

Post a Comment