Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kurus dengan Cuka Epal - banyak kelebihan dan khasiatnya.

GEMUK. Ejaan lima huruf itu memang ditakuti oleh wanita . Malah kini lelaki juga
risau dan mengambil berat tentang penampilan mereka. Ukur lilit pinggang yang bertambah
bukan saja memburukkan penampilan malahan menurut kajian, ia juga memendekkan
jangka hayat. Jom kurus dengan CUKA EPAL. Cuka epal atau apple cider bukan
saja dapat membantu kita untuk kurus, bahkan mempunyai banyak manfaat kesihatan dan
kecantikan lainnya. DAN yang pasti kosnya lebih murah untuk membantu kita memerangi
kolestrol dan memecahkan molekul lemak dalam badan disamping kaya dengan zat besi,
sodium, kalsium, magnesium, juga mengandung lecithin. Wow, memang jus lengkap
yang patut disertakan dalam program diet anda.




Trend membentuk badan kurus bukan sekadar untuk menampilan lebih bergaya tapi juga
untuk  tujuan kesihatan. Ukur lilit pinggang hendaklah dikecilkan jika tidak mahu penyakit
merbahaya menghinggap seperti pertambahan kolestrol, penyakit jantung, kencing manis
dan darah tinggi.

Dewasa ini kepelbagaian bentuk dalam menangani masaalan kegemukan  datang
melalui pelbagai cara. Samada dengan mengikuti petua-petua tradisional, menjalani
rawatan di pusat -pusat kecantikan menguruskan badan, atau melalui pelbagai produk
yang mempaparkan jenama dan harga yang bebeza namun natijahnya hanya satu -
untuk kuruskan badan. Memudahkan ungkapan , tepuk dada tanya selera dan usaplah
dompet anda !


Salah satu dari pemakanan tradisi yang didapati berkesan untuk menurunkan berat badan
ialah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal.Cuka Epal memang sudah diketahui
mengandungi pelbagai khasiat kesihatan sejak dulu lagi. Ribuan tahun dahulu orang-orang
Greek dan Mesir telah menggunakannya sebagai tonik kesihatan. Cuka epal dihasilkan
melalui proses penapaian dimana gula di dalam buah epal dipisahkan oleh bakteria.
Kemudian raginya yang berwarna kuning keemasan dijual dalam bentuk semulajadi.
Cuka ini juga popular digunakan dalam masakan. Penggunaan cuka epal ini mula popular
setelah Dr D.C.Jarvis ( penulis buku kesihatan ) mengesyorkannya untuk diminum setiap
hari dan sebagai 'home cure' atau PENAWAR yang perlu ada dalam setiap rumah.


cuka epal kelebihan dan khasiatnya, cuka epal untuk kurus, cuka epal kemal kurger, cuka turki, cuka epal makanan tradisi untuk kekal langsing, murah, cuka murah, cuka epal mujarab
                               Yang ini cuka epal Kemal Kukrer dari Turki                    

ANTARA KHASIAT CUKA EPAL IALAH :

1.  Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses
     penurunan berat badan.

2.  Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit dan masaalah kesihatan seperti
     alergi yang disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan mahupun
     persekitaran. Ia bagus untuk menyembuhkan jangkitan sinus, selsema,jerawat,
     kolestrol tinggi, keletihan , sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis, gout
     dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

3.  Membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Dengan itu kadar
     pembakaran lemak menjadi lebih  cepat dari biasa. Ia juga memberikan anda
     lebih tenaga untuk menurunkan berat badan.

4.  Membantu menurunakn kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan
     yang disebabkan pengumpulan lemak.

5.  Sebagai tambahan, jika cuka epal diambil setengah jam sebelum makan,
     akan dapat mengekalkan kenyang malah melambatkan rasa lapar.

6.  Melambatkan proses penuaan dengan mengimbangi keasidan dalam tubuh
     kerana asid yang tinggi  menyebabkan rasa mengantuk dan malas.
    
7.  Mengimbangi PH rambut dan membunuh bakteria yang menyebabkan klemumur
     dan keguguran rambut.

8.  Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan gout.

9.  Membersihkan buah pinggang

10.Membantu menyelesaikan masaalah pencernaan dengan membunuh parasit
     di dalam perut.

11. Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan keletihan akibat bersenam.

12. Meningkatkan sistem imun badan

13. Mengurangkan masaalah selulit

Justeru jika anda memilih menurunkan berat badan secara tradisional.........,
cuka epal adalah jawapannya. Pengambilan cuka epal bercampur madu yang disertakan
senaman dan kawalan pemakanan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan.
Kepada yang tiada masaalah dengan berat badan, jangan risau kerana pengambilan cuka
epal tidak akan menjadikan anda kurus kering. Kerana apa yang dipecahkan oleh cuka epal
adalah lemak dan bukannya tisu otot.

CUKA EPAL BILA DICAMPURKAN DENGAN MADU MEMPUNYAI KHASIAT TAMBAHAN SEPERTI BERIKUT :

1.    Merangsang pemecahan lemak
2.    Melancarkan perjalanan darah
3.    Menguatkan tenaga dalaman
4.    Meningkatkan kecergasan, daya ingatan , emosi, kreativiti, hafalan dan
       kepintaran anak-anak
5.    Membersihkan usus kecil dan besar.
6.    Juga berfungsi sebagai anti-alergik, anti-septik, anti-anemia dan anti-ulser.
7.    Melega dan mengurangkan masaalah kulit seperti jerawat
8.    Meningkatkan metabolisme tubuh
9.    Menghalang penyerapan minyak dan penimbunan lemak
10.  Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan ( pemparitan limfatik )
11.  Melembabkan dan mengencangkan kulit.
12.  Mencegah dan mengawal selulit
13.  Melangsingkan benjolan lemak yang tidak dikehendaki terutamanya di
       bahagian perut, lengan, pinggul dan peha.
14.  Meredakan sakit dan sengal sendi.
15.  Menurunkan risiko penyakit jantung dan barah
16.  Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
17.  Meningkatkan kesihatan tulang dengan menambah mineral tulang
18.  Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dan mengekalkan tahap kolestrol darah
19.  Membantu menwujudkan berat badan ideal.
20   Menghilangkan stress.

       Diriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w suka kepada cuka.
Jabir menceritakan, ' Satu hari Rasullullah mempelawa saya ke rumah baginda. 
Dia dihidangkan dengan roti.
           Dia bertanya; ' adakah apa-apa perasa ?'
           Mereka menjawab; ' tidak. Hanya ada cuka.'
           Nabi berkata ; ' Cuka adalah sos yang baik '.

Jabir berkata, " aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah ".
        Nafa berkata, " Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya dari Jabir ".
            ( Muslim, Abu Dawud, Nasa'i )

Rumah yang menyimpan cuka tidak akan menderita dari kemiskinan 
    ( Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi )
" Cuka adalah kemudahan bagi manusia "
      ( Diriwayatkan oleh Muslim )
 " Allah telah meletakkan berkat dalam cuka. Ia digunakan oleh para nabi 
     sebelum aku "
      ( Diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja )


Nota

Saya pun baru belajar minum cuka epal ni..,sebab baru tahu. Selalu guna cuka biasa je dan kerana saya memang tak sanggup untuk gemuk dan malas nak telan ubat kurus, ini adalah alternative terbaik. Sebulan dua jugalah hasilnya kot. Turun lagi 3 kg cukuplah.
( Rugi bila gemuk ni....baju-baju lama semua tak boleh pakai. Nak kena buat warisanlah pulak. Tapi kalau kurus, boleh jimat belanja. Baju-baju yang 10 tahun sudah masih boleh pakai lagi. Ketinggalan zaman ? Tidaklah. Dunia fesyen selalu berubah dan biasanya kembali pada yang lama ( recycle ).