Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAWATAN VENEER GIGI AND TEETH MAKEOVER

Bibir seksi menawan disertai senyuman manis memang memberikan PLUS value kepada seseorang individu terutamanya wanita. Apatah lagi bila tersengih atau ketawa , dereten gigi putih yang terpamir memang biasa membuat orang yang memandang jadi tertawan.
" Putihnya gigi , cantiknya gigi dia, molek aja bersusun giginya, boleh tak saya dapat macam gigi dia tu ?"
Memang boleh. Dewasa ini rawatan gigi atau teeth makeover atau teeth cosmatic surgery memang menjadi trend. Walau cantik itu subjektif bagi sesetengah orang tapi gigi yang rapi, putih, cantik dan bersinar bagai mutiara tetap menjadi dambaan setiap insan. Betul kan ???


Antara rawatan pemutihan gigi dan veneer mana yang perlu dilakukan dulu ? 

Sebenarnya lakukan pemutihan gigi dulu kemudian baru veneer. Veneers treatment ini biasanya dilakukan untuk menutup gigi depan yang jarang ataupun yang tidak rata atau pun gigi yang telah tercabut tapi tidak digantikan dengan gigi palsu. Ia juga sesuai dipasang kepada gigi yang kelihatan kotor, pecah berserpih sama ada akibat kurangnya kalsium yang membuatkan kedudukan asal gigi yang rapat menjadi jarang mahupun bagi menutup gigi yang kekuningan.

Bagaimana veneer dijalankan ?
Rawatan venner sebenarnya hanya dijalankan dipermukaan gigi di sebelah depan dan bukannya keseluruhan gigi. Permukaan depan gigi akan dikikis, acuan akan diambil dan dihantar ke lab untuk membuat veneer. Seterusnya bila ia siap veneer itu tadi akan disimenkan semula di permukaan gigi dan terhasillah gigi yang yang kelihatan neautral dengan bentuk seragam yang lebih nyata.

Bahan-bahan veneers biasanya dibuat samada dengan composite ataupun ceramic ( porselin ). Kos veneer yang menggunakan porselin biasanya lebih mahal dari yang menggunakan ceramic kerana ianya akan bertahan lebih lama dari yang menggunakan composite, tidak cepat luntur dan kelihatan lebih seperti warna asal gigi. Senang cerita lebih cantik le.

Sementara kos veneer pula berbeza-beza mengikut lokasi klinik gigi itu sendiri tapi rata-rata dari
RM 200 - 550 untuk sebatang gigi. Jadi, sila usap dompet dan tepuk poket sendiri.

                               
veneer rawatan untuk mencantikan gigi, kos veneer, kelebihan veneer porselin, lebih mudah dibuat, putihkan gigi dulu sebelum membuat veneer.

NAK TENGOK ARTIS-ARTIS YANG BUAT RAWATAN VENEERS ??


P/S :  Nak pergi buat veneer satu dua hari ni. Mengandungkan anak ke 3 tiba-tiba gigi yang rapat menjadi sedikit jarang dan patah dibahagian atasnya hingga tidak kelihatan rata lagi. Bukan banyak pun, 2 batang je. Bukannya jarang sangat pun tapi bagi aku memang tak sedap mata memandang. Dapat balik gigi rata memanglah best dan lebih confident gitu. Klinik doktor gigi Fauziah cawangan Taman Melawati kabarnya harganya lebih reasonable. Nak pergi ke situla.  Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua.