Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Antara kancing suasa dan payung emas

 ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ Pakai baju kancinglah suasa♪♫•*¨*•.¸¸♥ 
 ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*• Pakai mari baba lah melaka ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪
  ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪   Biar saya rosak dan binasa  ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪
  ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪  Kerana dia tidak mengapa ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪

Lirik lagu retro dendangan R.Azmi bila sesekali didengar, memang nyaman di telinga. Susuanan muzik melayu yang teratur dan tidak membingitkan mempunyai maksud yang mendalam.
Apa itu kanching ? Budak sekarang tak taulah faham ke tidak maksud kancing. Ermm...orang sekarang
menyebutnya butang. Butang baju. Kancing atau butang baju digunakan untuk menutup atau merapatkan belahan baju yang terbuka dan tidak berjahit. Kalau tidak mengenakan kancing alamat ' ternampak dan terburailah ' segala perkara yang tidak patut dinampak.

Begitu juga dengan perkahwinan sekiranya terlalu banyak yang dibeberkan di khalayak umum mahupun diceritakan secara perlahan-lahan kepada saudara mara, akhirnya menciptakan gossip yang semakin sedap bila ditokok tambah yang akhirnya membuka pekung di dada sendiri.

Dugaan dalam perkahwinan sentiasa ada dan tidaklah manis sesebuah perkahwinan itu tanpa sebarang perselisihan faham, pertengkaran dan pujuk memujuk. Perkahwinan adalah ikatan penyatuan dari dua insan yang berbeza. Kita memang bukan saudara sepusat sepusing kerana mak bapak kita memang asing-asing. Justeru perkahwinan sesungguhnya menemukan dua insan yang bukan saja berbeza karakter tapi juga latar belakang dan cara pendidikan yang berbeza. Tabah dan berlapang dadalah bila diuji. Kita akan menjadi lebih lega bila mengetahui yang ' kita berada di pihak yang lebih banyak memberi' dari menerima dalam perkahwinan. Banyak 'memberi' bukan saja sebagai tanda pengorbanan kasih tapi lebih kepada mengelakkan rasa bersalah di kemudian hari.

Mempertahankan maruah suami dan menyimpan rahsia perkahwinan itu juga adalah amanah
yang tiada jual beli. Sentiasa bermuhasabah bila diduga. Ingatlah suami itu bukannya 'milik peribadi' , sebaliknya hanya 'pinjaman kegembiraan' ( geran sementara ni ya.... ) bukan hak milik kekal
dari Yang Maha Kuasa. Tidak usah dimimpi payung emas jika hati masih kecewa tapi berharaplah agar rahmat Allah sentiasa ada untuk kita kerana sesungguhnya .................
Ya Rabb, Engkaulah warisku yang paling baik.

1 comment:

  1. Kesemua lagu2 nyanyian Allahyarhan R. Azmi adalah saduran dari lagu2 hindustan.

    ReplyDelete