Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azam dan cita-cita.

Tiga hari lagi kita akan menjengah ke tahun baru. Meninggalkan apa saja yang telah berlaku pada
 tahun ini dalam kenangan. Tahun baru - 2014, selain bakal meriah dengan sambutan, ia juga sering
 dihiasi dengan azam-azam baru bagi lebih memaniskan perjalanan dan memberikan semangat.
Apakah azam yang paling popular menjelang tahun baru ?


Menurut kajian azam tahun baru yang paling popular ialah ' azam ingin berhenti merokok' ( bagi lelaki ). Diikuti dengan azam ingin kurus ( bagi perempuan ). Azam ingin memperbaiki diri dan meneruskan
azam yang terbengkalai di tahun yang sebelumnya ( majoriti lelaki dan perempuan ). Azam ingin
belajar bersungguh-sungguh bagi murid-murid yang menduduki peperiksaan yang besar. Azam
untuk memulakan perniagaan ( bagi yang makan gaji ), azam nak jadi ahli million dollar round table
( bagi insuran agent ) dan mungkin juga ada yang berazam nak menambah kuota ? Cehh......acah je.
Abaikan.

Kita sama sekali tidak menyangka, azam-azam yang telah  kita wujudkan itu tanpa sengaja
memberikan stress pada diri kita sendiri bila tidak tercapai. Tapi sebenarnya kenapa perlu stress ?
 Tahun depan kan ada ...

Apa KEBAIKAN  azam di tahun baru ?

1)  Bila ia diwar-warkan, kita bukan setakat menerima ucapan tahniah malah kebarangkalian 'azam itu
     gagal ' adalah menurun kepada 40%.  Bererti kebarangkalian azam itu berjaya adalah 60%.
     Kenapa ? Kerana malu. Kerana bimbang diperolok oleh teman-teman lain yang telah mengetahui
     azam yang kita canangkan seantero dunia. Bererti kita akan berusaha bersungguh-sungguh tanpa
     kompromi  untuk mencapai azam yang kita war-warkan.

2) Bila azam itu tidak diwar-warkan biasanya kebarangkalian gagal pula adalah 70%.  Kerana apa ?
    Kerana kita tak perlu susah hati, tension-tension makan hati, sakit telinga dan perasaan bila diperli
    apabila azam itu gagal dicapai dalam tempoh yang ditentukan. Kerana azam itu hanya KITA SENDIRI
    YANG TAHU. Orang lain tak tahu. So.....shusytt, diam-diam sudah. Tak capai tahun ni, kita
    buat tahun depan. Dan biasanya yang menduduki tangga pertama carta azam gagal adalah mereka
    yang menjadi juara pada menobatkan azam paling banyak dicipta pada setiap tahun baru.
    Iaitu azam berhenti merokok dan azam menjadi kurus.

Tak apa, jangan stress. Sekurang-kurangnya kita dah pasang niat untuk memperbaiki diri. Mungkin
kurang berjaya dilaksanakan due to unforseen circumtances. Apa pun lebih baik lah berazam untuk mencapai sesuatu yang baik daripada buat bodoh terus.

Bagaimana dengan diri aku sendiri ? Aku berazam untuk dapat menunaikan puasa arafah di tahun
depan kerana dah 2 tahun aku berazam tapi tak lepas-lepas. Selain itu aku berazam untuk belajar berenang dan
scuba diving. Aku serik minum air laut setiap kali jatuh dari jet ski. Untung ada jacket penyelamat
kalau tak...... harus jadi ikan buntal di tengah laut. Tapi yang paling aku ingin lakukan ialah
mengembara. Ia pemengembaraan darat ( memandu kereta ) dari Malaysia hingga ke China.
Merentasi 2 buah negera - Thailand dan Laos, dan aku sangat pasti perjalanan sejauh 4335 KM
memang bukan mudah. Pasti banyak yang boleh dituliskan sepanjang perjalanan dengan rakaman
video, gambar pemandangan, budaya etnik, kesan sejarah, ragam manusia, sistem jalanraya mereka
yang mungkin tidak serupa dengan kita di sini. Pemandangan pasar dan sistem pertanian...., aku pasti
banyak yang dapat ditulis dan dikumpul untuk journal itu nanti.
 Blogger...siapa nak join ??

                                       
Macam poyo je kan entri ni, tapi ada aku kesah ??

No comments:

Post a Comment