Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MLM - Meniaga Lain Macam

Bila seorang kawan menjemput aku sekali lagi untuk menyertai busines
Multi Level Marketing, aku hanya buat acuh tak acuh. Tapi oleh kerana
dia adalah kenalan lama dan seperti biasa aku ni jenis yang tak suka kecilkan
hati kawan........, aku ambiklah juga produknya dan RM 240 bertukar tangan
dan hari itu resmilah aku sebagai ahli biasa jualan langsung.

                                           
Multi level marketing, teori, duit, business, ceo, networking business

" Kau memang boleh buatlah, dah berapa syarikat kau join dan menjadi tapi aku
tak faham kenapa kau berhenti. Aku tak mau tanya tapi kali ini aku datang bersama
produk terbaik, marketing plan terbaik. Cuba ko study dulu."

Betullah orang kata, orang yang pernah join MLM seakan terkena sumpahan.
Walau macam mana kata dah taubat nasuha tapi bila kena gaya dipujuk,
kami seakan menyerah semula kepada business networking ini. Aku tak adalah
taubat nasuha, tapi aku memang tak minat. Aku cuma minat DUITnya aja.
Kerjayanya ? Aku tidak pernah jatuh cinta dengan MLM. Never.

Barang yang aku ambik dari dia yang 2 kotak tu aku biarkan di sudut almari
hampir 2 minggu. Bila dia tanya aku dah makan ke barang tu. Aku jawab belum
lagi. Aku tak minattttt. 2 minggu lepas tu dia call lagi, ' ko dah buka ke website
company tu ? '

'Belum. Tak sempat.' Aku jawab ringkas.

' Aku dah gerakkan sebelah kaki untuk ko.'

' Ok terima kasih.' Jawab aku ringkas. Egonya aku.

2 minggu lepas tu dia watsup aku lagi. ' Lin, akaun ko sekarang dah ada duit.......'

Duit ????

Biar betul ko bang. Aku bab duit-duit ni memang alergik kan.............
Aku jengah kejab la. Belum sampai RM 100. Eleh.

Tapi aku sendiri tak faham dengan hati ini. Kenapa tiba-tiba aku tertarik untuk
study plan pemasaran company tu. Tersampuk agaknya aku ni. Dan malam itu
aku sukarela datang ke pejabat syarikat tersebut. Bertemu sendiri dengan CEOnya
yang ramah dan humble dan pertemuan hari itu membawa prespektif baru tentang
MLM dalam minda aku. Dan benarlah kata seorang teman nutritionist yang MLM
tu memang meniaga lain macam. Bila 'syeh'nya dah naik tiba-tiba
aku rasa pekerjaan itu jadi mudah dan menyeronokkan. Jika dulu aku adalah
dari golongan yang beranggapan yang MLM adalah pilihan bagi mereka yang tidak
punya pilihan DAN pilihan bagi orang-orang yang gagal. Kini aku terpaksa menelan
keegoan dan kesombongan sendiri dan memilih melakukannya dengan hati bukan
sekadar wang semata. Persepsi aku berubah 180 darjah setelah aku lebih memahami
bagaimana sistemnya bekerja.Aku menyertainya dengan keseronokan. Dengan hati.
Aku mula menjadikan MLM sebagai carear terbaru. Padan muka aku.

Dan bila CEO berkata ; MLM sebenarnya adalah perniagaan hati. Aset terpenting
dalam perniagaan ini adalah modal insan. Bukanlah produk dan bukan syarikat.
Tetapi ahli networking kita sendiri. Ia ibarat menjumpai lampu ajaib Aladin. Rajin
digosok/digilap maka keluarlah jin di situ.  Mintalah apa pun dan jin akan lakukan.
korang faham ? Tak apa. Abaikan kalau tak faham.

Dan setiap dari kita mempunyai sentuhan ajaib kita sendiri kerana setiap orang
adalah unik dengan persembahan yang berbeza. Cara si A melakukan pemasaran
mungkin tidak sama malah tidak serasi digunakan oleh si B. Dan dia bagitahu aku lagi
belum ada mana-mana leader yang menjadi jutawan dalam tempoh 3 - 6 bulan pertama
mereka menceburi bidang MLM. Jadi ?

Jadi......., right time, right product, right marketing plan, right tools plus usaha yang
bersungguh-sungguh insya allah perniagaann akan pergi dengan laju :-)




No comments:

Post a Comment