Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Asam pedas madu 3

Asam pedas madu 3. Mata aku terpandang nama restoran ini terletak di persimpangan
 trafik light di Kulaijaya behampiran dengan TESCO di situ jika tak silap aku. Otak aku
sertamerta membayangkan rupa asam pedas yang dihidangkan disitu. Asam pedas madu
3 - agaknya..., macamanalah kacau bilaunya asam pedas tu dalam mangkok yang sama..
Adakah asam pedasnya dimasak dari jenis ikan yang bercampur-campur?

                                                       
asam pedas johor, asam pedas ikan sembilang, asam pedas daun kesom, asam pedas nyonya, asam pedas melaka, asam pedas lada hitam

Mungkinkah lada masakannya juga bercampur-campur jenisnya ? Contohnya lada kering,
lada merah dan lada hitam ? Adakah ikan sembilang, ikan pari, ikan terubuk dijadikan
satu dalam dalam kuah asam pedas yang sama ? Hai,hai, hai..................

Hei, rilex. Aku menulis dalam single meaning bukan double meaning. Mesti fikiran
pembaca sudang menerawang tentang 'madu 3' kan ? Hehehe.......
Pandai tuan punya restoran ni bagi nama kedainya yang boleh buat jantung tercabut dan
fikiran jadi serabut bila membaca nama menu utama mereka. Dada aku sendiri sesak
nafas bila menyebut nama asam pedas ini.

Bercakap tentang asam pedas,lauk ini memang menjadi kegemaran aku untuk dimasak.
Orang Johorlah katakan. Tak ada asam pedas tak jadi yob. Sekurang-kurangnya sebulan
sekali le, aku memasak lauk asam pedas ni. Anak aku semua suka. Masa aku tinggal di
Johor dulu, kerap jugalah aku ke Senibong bersantap tengahari dengan asam pedas ikan
sembilang yang femes kat sana. Senibong ni sebenarnya dekat tepi laut sebelah Permas.
Makan sambil diulit angin laut yang sepoi-sepoi bahasa dengan menyaksikan kesibukan
kapal dagang yang berlabuh di Singapura ( bertentangan dengan Senibong ) memang
menyeronokkan sangat lah bagi aku.

Bagaimana petua memasak asam pedas yang warnanya cantik,sedap dan tahan untuk
2,3 hari ? Jika nak warna asam pedas itu menarik bila dah masak, campurkan lada kering
dengan 3 atau 4 tangkai lada merah besar bila mengisarnya. Tumiskan bahan asam pedas
macam biasa, letak setengah sudu gula pasir dan biarkan warna merah lada itu bertukar
menjadi lebih gelap atau tua sebagai tanda masakan kita itu dah benar-benar tanak, barulah
dituangkan air sebagai kuah.

Emm.....kelmarin pun sebenarnya aku masak asam pedas. Tapi aku dah tukar ikannya
dengan ikan siakap. Muak dah makan ikan sembilang. Di Malaysia ni ada berbagai
jenis asam pedas. Kalau di Johor,asam pedasnya dicampur dengan lada hitam.Jadi
kuahnya tidak perlu terlalu pekat. Kita boleh hirup kuah asam pedas tu macam kuah sup
sup, tapi.....jaga-jaga, 5 minit lepas itu tekak anda akan berasap dari dalam dan menjadikan
hidangan itu lebih ummpph ! Asam pedas Johor biasanya menggunakan daun kesum
sebagai herba untuk menghilangkan hanyir ikan dalam kuah asam pedasnya.

Sebaliknya asam pedas Melaka memasukkan serai atau bunga kantan atau daun limau
purut dalam kuah asam pedas mereka. Semua herba ini memberikan rasa dan bauan yang
berbeza dari segi aroma asam pedas yang disajikan. Aku ? Hehe....boring masak cara
Johor, aku ubah cara Melaka. Tapi kalau aku masak guna ikan terubuk biasanya aku
akan masukan serai dan bunga kantan dalam asam pedas tu. Memang best gila. Kalau
lagi malas, aku akan masak asam pedas nyonya style, guna ikan kembung dan letakkan
sawi jeruk sebagai pengganti herba yang di atas. Yummi juga rasanya.

Ehem....esok laki aku balik. Dah lama tak makan asam pedas ye ?? Tak pe esok aku nak
hidang dia asam pedas madu tiga - biar dia tersedak !

      Nota : Sorry tak ada gambar kali ni. Jangan marah haa......                                     

No comments:

Post a Comment