Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rempeyek Abang Jem.

Bagaimana perasaan anda andainya boleh berniaga dan mengaut keuntungan bersih
sekurang-kurangnya RM 2000 setiap hari tanpa gagal ? Seronokkan bunyinya ?
RM 2,000 X 30 hari = RM 60 ribu sebulan. Ok, taruklah cuti 2 hari setiap minggu
maka kita akan dapat RM 2.000 X 22 hari = RM 44,000 bersih. Tak payah bayar
gaji pekerja. Tak payah bayar sewa pejabat. Tak payah bayar api air dan berniaga
hanya 2 - 3 jam dalam sehari ATAU 5 hari seminggu ! Wow, wow........sedapnya
mencongak untung orang. ( Biasanya rugi tak ada orang mau tau. Orang cuma
berminat kirakan untung saja heh.. )

                                         
rempeyek, jual rempeyek, rempeyek supplier, resepi rempeyek, DBKL, rempeyek sedap,
                                                 Mana satu pilihan hati ?

Maka, adalah sekumpulan anak muda ini yang menolak kerja kilang sebaliknya
memilih untuk menjual muka tanpa malu dengan menjual rempeyek di kaki-kaki lima.
Pertamanya untuk mencari pengalaman sementara menanti panggilan ke kolej.
Ke duanya kerana kebebasan bekerja dan waktu bekerja yang singkat.
Ke tiganya kerana keuntungan /dalal yang lumayan. Ala-ala drophip gitew.
Tanpa rasa segan mereka akan mempelawa orang yang lalu lalang menawarkan
sample REMPEYEK mereka untuk dirasa. Awalnya mungkin ada yang mengambil
peyek sekadar untuk mengambil hati budak-budak tadi, tapi beberapa langkah
kemudian mereka berpatah balik dan bertanyakan harga.
" RM 15 sebungkus bang," jawab mereka tersenyum ramah.

Dan anak-anak muda ini mengatur strategi dengan tidak berkongsi lokasi perniagaan
yang sama. Sebaliknya mereka berpecah di bangunan berasingan. Sewaktu orang
turun dari pejabat untuk pergi makan tengahhari, mereka akan menyapa ramah.
" Rempeyek bang, rempeyek kak, boleh test, boleh rasa. Tak beli tak apa.....,
tapi kalau rasa sedap, BELILAH."

Memang ada yang cabut lari sewaktu mereka menghulurkan sample rempeyek.
Kerana bimbangkan mereka ini mat pet. Tapi anak-anak muda ini tidak patah
semangat walau ditolak.

Dari harga jualan RM 15 sebungkus, harga dalal mereka adalah RM 5 per bungkus.
Jika satu hari mereka purata boleh menjual 15 sehingga 20 bungkus sahaja pun,
sudah ada gaji atau keuntungan RM 65 - RM 100 sehari. Kalau nasib baik Allah
permudahkan rezeki, mereka boleh dapat sehingga RM 200 sehari ! Wow......3
atau 4 bulan kerja mereka dah boleh kumpul duit untuk bayar down payment kereta.
Tapi sebenarnya mereka cari duit untuk bayar yuran kolej.

Tahniah anak muda. Tahniah kerana berani menongkah arus. Tahniah kerana tidak
malu menjual muka. Tahniah kerana memulakan usaha menjadi peniaga. Walau
mungkin kamu semua terpaksa menghormati pegawai DBKL dengan menyimpan
semua jualan rempeyek ke dalam boot kereta bila terserempak dengan mereka.              

                                       



Mereka semua handsome. Kebanyakan dari mereka berbadan sado. Apa taknya
sebelah petang atau selepas maghrib, sebaik sahaja habis berjual biasanya mereka
ke gym. Pasal apa pulak kena pergi gym ? Kerana asalnya remaja ini semua kurus
kedeking. Sebab tak mau orang salah anggap dan lari bila dihampiri, mereka exercise
di gym supaya kalau tak boleh dapat six pac sekali pun..., boleh le bertukar rupa
bentuk kepada tegap, lebih sedap dan segak bila dipandang. Mereka tak pergi berjual
peyek dengan pakaian serembah serembeh. Sebaliknya sentiasa kemas dengan baju
seragam T-shirt dan berseluar jean.

Hahaha......strategi, strategi. Strategi yang deboom. Salute kat korang anak-anak.
Tapi tentulah ucapan tahniah patut diberikan kepada tuan punya rempeyek yang
sanggup percaya dan menyerahkan rempeyek-rempeyek itu kepada anak-anak ini
untuk dipasarkan tanpa perlu mereka mengeluarkan modal terlebih dahulu. Sebaliknya
para peniaga muda ini hanya perlu stand by duit float sahaja. Barangan keluar ikut bill
yang kena dijelaskan dalam masa sehari. Habis jual 20 bungkus, serahkan duit modal
asal yang 20 bungkus dan ambiklah bill yang baru. Untuk dapat untung RM 200
sehari mereka cuma perlu jual 40 bungkus rempeyek sehari. Tak adalah sesusah mana
sebenarnya. Pengeluar rempeyek ini adalah bukan saja sanggup menanggug risiko malah
berani melatih budak-budak belasan tahun tadi dengan memberi kepercayaan kepada
mereka. Melatih mereka berdisplin dan berimej bila berniaga. Walaupun hanya berniaga
rempeyek. Dan pelanggan, hari-hari mereka mendapat rempeyek yang fresh
bukan yang dah dipackingkan 2/3 hari yang lepas !

Kenapa tak percaya ? Jadilah pengeluar rempeyek yang berfikir di luar kotak kebiasaan.
Ada yang nak jadi pengeluar rempeyek juga ke ?
Boleh hubungi Farouk and the team ;-)




No comments:

Post a Comment