Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cuka Kurma VS Cuka Epal


Entri ' Kurus dengan cuka epal - banyak khasiat dan kelebihannya ' 
kebanyakan masa menduduki carta entri popular yang paling banyak dibaca
di blog ini. Entri yang ditulis pada tahun lepas itu masih menerima respon
bagus dari mereka yang telah mencuba sendiri keberkesanan cuka epal
mahupun yang baru mahu mencuba.


Tapi bagaimana pulak dengan lagi satu jenis cuka yang tidak kalah khasiatnya ?
CUKA KURMA. Apakah khasiat dan kebaikan yang terkandung dalam cuka 
kurma ? 90 peratus punca penyakit berasal dari perut ( usus besar ), sementara
panjang usus adalah 6 kali lebih tinggi dari badan manusia. 

Jadi bayangkanlah tugas yang terpaksa dipikul oleh usus dalam menerima dan

menapis toksin yang terhasil akibat kepelbagaian makanan dan ubatan yang
dicerna oleh tubuh manusia.

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa 
“Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan badan seperti bisul dan 
kanser. Menyuci darah, membaiki masalah pencernaan, mengatasi masalah usus, 
kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan 
matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan
asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masaalah rahim,
menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. 

( Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 )

                                                                         
Cuka kurma, khasiat cuka kurma, cuka kurma dengan madu, vitamin cuka kurma, kebaikan cuka kurma


VITAMIN APAKAH YANG TERKANDUNG DI DALAM CUKA KURMA ?

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti Vitamin C, E,  B1, B6, 
Beta-karotena, Vitamin P ( Bioflavonoid ) dan kaya dengan kandungan potassium 
( untuk keremajaan kulit )Cuka kurma juga dapat membuang lemak dan kolestrol, 
ditubuh. Juga bagus untuk meneutralkan asid-asid dan garam berlebihan 
dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma 
bermanfaat untuk mengatasi :-

1.  Masalah gastrik di perut,

2.  Masalah hempedu ( membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu )

3.  Sebagai perlindungan / mencegah  bahaya kesan sampingan dari ubat-
     ubatan  yang pelbagai Yang boleh membawa kepada kemudaratan 
     atau kematian.

4.  Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan 
      darah yang berketul dalam perut akibat masalah gangguan haid.

5.  Cuka kurma bermanfaat mengatasi keadaan limpa yang bermasaalah.

6.  Ia membersihkan usus  dengan membuang toksik di dalam perut.

7.  Menguatkan sistem penghadaman dan melegakan  buasir.

8.  Menghilangkan masalah panas badan.

9.  Mencegah sebarang potensi  pembengkakan yang mungkin terjadi pada tubuh 
     manusia seperti kanser, bengkak dan bisul. 

10. Cuka kurma dapat membantu sistem penghadaman makanan kasar dan
      membersihkan darah manusia yang beracun.

KAEDAH TERBAIK BAGI YANG INGIN MENGAMALKAN CUKA KURMA /
CUKA EPAL.

Jika anda boleh tahan dengan rasanya yang agak masam bolehlah diminum terus begitu
saja dengan sukatan anggaran 1 sudu makan. Lebih elok jika cuka kurma / cuka epal
itu dianduk bersama 1 sudu makan madu sebelum meminum campuran ke duanya.

Bagi yang ingin mengurangkan rasa masam dan kepekatan cuka kurma / cuka epal
boleh mencampurkannya dengan sedikit air hangat anggaran suku gelas dan sukatan
yang masih sama seperti di atas.


Nota

Aci apa pun tanpa senaman makan cuka epal/ cuka kurma sedozen pun tak akan
turun berat badan tu. Jadi silalah bersenam ya walaupun hanya senaman ringan
selama 15 - 20 minit setiap hari.





No comments:

Post a Comment