Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rawatan HCG untuk kurus ?

Apa itu rawatan HCG ? Rawatan HCG adalah gabungan suntikan dan diet yang
menggunakan Human Chorionic Gonadothropin dalam kaedah rawatannya.
Terdapat pendapat yang mengaitkan diet HCG sebagai ketagori melampau
kerana ia melibatkan Suntikan. HCG @ Human Chorionic Gonadothropin
adalah hormone wujud secara semulajadi dalam tubuh wanita saat  mereka hamil. 
Hormon ini berada di dalam darah dan dikeluarkan oleh sel placenta.
Pada wanita hamil hormon ini meningkatkanmetabolisme wanita hamil untuk 
keperluan diri dan bayi yang dikandung olehnya.


                                       
diet HCG, rawatan Hcg, Suntikan Hcg, injection HCg, kesan sampingan suntikan HCG untuk kurus, kesan dramatik HCg,
                                                 

Istimewanya rawatan dan suntikan HCG ini boleh dilakukan oleh lelaki dan 
perempuan. Sementara suntikan HCG pula hanya memerlukan dose 125iu - 200iu 
sehari.  Diet HCG dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang dramatik sehingga
satu paun sehari. Dan jangan terperanjat ada yang membuat rawatan HCG 
ini mampu untuk hilang berat badan sehingga 5 kg atau mungkin lebih 
dalam masa seminggu !

Yang bagusnya tentang kurus menggunakan kaedah HCG ini adalah kesannya 
tidak akan ‘rebounce’ Atau tidak berlaku kesan YOYO pada berat badan anda. 
Suntikan HCG biasanya datang dengan program dietnya sekali di mana menunya
tetap menyelitkan pengambilan daging merah dengan kiraan kalori yang tertentu. 
Malah Diet HCG juga tidak membenarkan senaman berat.
Terkejut?

Jangan terkejut.Nak tahu lebih lanjut baca DI SINI. Dr. Mehmet Oz Cengiz juga
dikenali sebagai Dr Oz, adalah pakar pemakanan dan bedah kardiotorasik, 
pengarang buku kesihatan berkaitan pemakanan dan personaliti televisyen 
Turki-Amerika. Kalau tinggal di Johor, program Dr Oz dapat ditonton melalui
siaran tv Singapore jika tak silap setiap hari selasa jam 10 pagi.


*****
Adakah aku terlalu taksub dengan berat badan atau memang taksub untuk kurus ? 
Sebenarnya kalau ikut pendapat aku sendiri. Kurus sangat pun bukannya cantik. 
Terlalu kurus untuk orang yang berangka kecik macam aku, hanya akan menjadi
kan aku kelihatan seperti budak sekolah rendah. So nak kurus pun patut-patutlah
Cuma jika menurut kajian, semakin bertambah ukur lilit pinggang seseorang 
semakin dekatlah ia dengan berbagai penyakit degenerative masa kini, dan aku 
memang tak mau perkara tu terjadi pada diri aku.

Jika orang lain bertukar ganti fesyen baju, aku masih selesa mengenakan baju
lama yang masih aku gunakan ( sesekali guna sebenarnya ) sejak 20 tahun yang
lalu. Ada beberapa helai baju kebaya kota baharu, yang aku masih boleh kongsi
pakai dengan anak sulong ku dan dia juga tidak segan menyarung baju aku yang 
lama.

Aku masih menyarungkan seluar jean yang aku beli 10 tahun yang lalu. Cuma 
dah tak berapa selesalah sebab dah rasa agak ketat dan kadang terasa macam
pakai sarung nangka, jadi aku buka semula. So terpaksalah aku sarung seluar
Ahmad Albab jer kebelakangan ni.