Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi home made spaghetti

Farouk dah nak balik semula ke rumah sewa dia, sambung masuk semester ke 2.
Sibuk dia kompang aku setiap hari mintak dimasakkan spaghetti. Teringin katanya.
Aku ni biasalah, tengah mood malas. Jadi aku cakap kat dia, ' lagi sehari abang nak balik
baru mama masakkan.' So dia diamlah sekejab .

Semalam dari pagi sampai ke petang dia kompang aku . ' bila nak masak spagetti untuk
abang ma ? ' Bingit rasa telinga. Penyudah cerita petang tu aku berlari gi ke Grand Union
cari bahan spagetti. Sebenarnya kat rumah dah ada sebungkus spaghetti dan sos pasta spaghetti 
Adabi yang aku beli tahun lepas bulan disember ( hahaha ) tersimpan, tapi tak aku masak.
Hahaha... , Inilah masanya untuk aku masak. Aku tinggal cari bahan tambahan lainnya.

Meh, aku kongsikan resepi home made spagetti aku.

Bahan-bahannya :-
                                
                                   
resepi home made, home made spaghetti, cara memasak spaghetti, sos pasta adabi, sos spaghetti adabi, sos mushroom
Ada bahan yang tak terambik gambarnya. Lupa.

1.    Spaghetti ( brand pilihan sendiri )
2.    Sos pasta spaghetti pilihan sendiri - 2 tin / botol
       Utk home made resepi aku gunakan sos pasta Adabi Mushroom
       ( boleh tahan sedap ) dan sos pasta Kimball ( selasih dan bawang putih )
3.    Daging kisar 2 bungkus
4.    Mix spices ( dari campuran daun parsley @ daun basil, oregeno dll )
5.    Cendawan dalam tin - 1 tin ( Racik kecil-kecik )
6.    Tomato puri ( brand pilihan sendiri ). Aku guna brand Tesco. Not bad la rasanya.
7.    1 inci halia
8.    Bawang putih 2 ulas ( sederhana besar )9
9.    Bawang besar 3 labu
10.  Sedikit cili kering dalam setengah gengam
       ( resepi home made aku kan..., bukan resepi mat saleh der )      
11.  Sedikit magerin planta untuk menumis dan untuk digaul ke spaghetti bila dah
       direbus nanti.
12.  2 sudu makan gula ( ikut ler nak buh gula pasir ke brown sugar ker )
13.  12 sudu teh tepung jagung ( gunanya untuk memekatkan kuah pasta )

Cara-caranya :-

Kita mulakan dengan menjerang air untuk merebus spaghetti kita. Didihkan dulu
air. Bila air dah mendidih baru kita masukkan spaghetti dan biarkan ia empuk direnih
dalam 10 - 15 minit ( spaghetti nak empuk pun tengok brand der. Ada yang 10 minit dah
empuk. Ada yang ambik masa 15 minit ). Sementara tunggu air mendidih, kita siapkan
bahan sos spaghetti pulak ok.

                                             
Proses mengaul spaghetti

Cili kering, bawang putih, bawang besar dan halia yang dah diblender tu kita tumis jer
menggunakan sesenduk majerin planta sehingga naik bau. Campurkan 2 sudu gula dan
tumis lagi sehingga warnanya berubah kepada warna merah tua. Bila bau dah naik, masukkan
pula tomato puri. Kacau-kacau lagi untuk 5 minit. Masukan pula daging kisar untuk 5 minit
lagi dan barulah kita tuangkan sos pasta pilihan kita tadi. Lepas tuang sos pasta boleh tuang
cendawan butang yang dah kita racik tu sekali dan terus tuangkan air dalam anggaran 3/4
@ 1 jug ( ikut kesesuaian dan tahap kepekatan kuah masing-masing ).

Biarkan kuah mendidih. Bila kuah dah mendidih ambik pula tepung jagung dalam anggaran
12 sudu camca teh, bancuh dengan air anggaran 1/2 mangkok dan curahkan ke dalan kuah
sos spaghetti yang sedang mendidih itu tadi. Taburkan garam ikut kesesuaian sendiri.
Kalau suka bole renjis aji-no-moto sikit. Tak mau renjis serbuk perasa aji tu pun tak apa
sebab kita dah masukkan gula ke dalam sos pasta tadi.

cara masak spaghetti, rahsia spaghetti sedap, bahan spaghetti, majerin, planta, magerin planta, sos spaghetti, masak spaghetti
Tarraa... dah siap !!

Aku pos kat instagram sajalah nak buat kenangan makanan yang aku masak. Datang si
Almy ni, dia kata 'macam gambar kat majalah jer'. Cehh, dia jelaous ler tu tak dapat makan.
Tunggu akak buat kenduri eaa Almy, nanti akak masakkan pasta untuk ko bawa balik
ke Putrajaya. Sama kerja boleh le mengunyah pelan-pelan hehe...

                                         
Haaa..... Almy, yang ini dalam pinggan 4 segi, bukan dari majalah, lepas tu tempek tau.

Nota :

Farouk dah kenyang dan puas makan spaghetti.., jadi hari ni dia dah cabut balik rumah
sewa dia. Tapi nasib baik ler dia tak kata nak bungkus....tak cukup. Adik-adik dia pakat
bawa bekal spaghetti pegi sekolah sampai Farah nak tapau bawak gi kerja pun dah tak ada.
Kesian........

1 comment: